Selasa, 3 November 2015

PERTANDINGAN KV SKILLS (TEKNOLOGI ELEKTRIK)

 Pada 2 November 2015 bertempat di KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU, telah diadakan pertandingan KV SKILLS peringkat Zon Pulau Pinang. Seramai 11 orang wakil dari setiap Kolej Vokasional di Pulau Pinang. Kolej Vokasional Seberang Perai telah menghantar 2 orang wakil daripada krusus teknologi elektrik iaitu, Wan Muhammad Fadlimie Bin Wan Yusoff dan Muhammad Khairunnasihin Bin Mustaffa. Selain itu, unit teknologi elektrik menghantar seramai 2 orang pelajar sebagai pembantu perserta dan 2 orang pelajar mewakili sidang redaksi sebagai jurugambar kepertandingan tersebut.

  Perserta bertolak dari KVS3P pada jam 7.40 pagi dan tiba di Kolej Vokasional Balik Pulau pada jam 8.40 pagi. Peserta diberi masa selama 6 jam bermula pada 9.45 pagi sehingga 1 tengahari bagi fasa pertama. Sambung semula pada jam 1.20 tengahari sehingga jam 4.20 petang bagi fasa yang terakhir. Peserta daripada Kolej Vokasional Seberang Perai berjaya meraih tempat ke-empat(Wan Muhammad Fadilimie Bin Wan Yusoff) dan tempat ke-lima(Muhammad Khairunnasihin Bin Mustaffa).

   Setelah berakhirnya pertandingan KV SKILLS 2015, para pelajar dan guru pembimbing bersiap sedia untuk pulang ke Kolej Vokasional Seberang Perai dan tiba di kolej pada jam 8.10 malam.





























Tiada ulasan:

Catat Ulasan